SALAM PERTEMUAN

Biarlah setiap pertemuan itu adalah kerana ALLAH dan bila berpisah juga kerana ALLAH. Mulailah setiap pekerjaan dengan kalimah BISMILLAH dan akhirinya dengan kalimah ALHAMDULILLAH.

Monday 30 April 2012

Bacalah Buku


Ibu mengingatkan, bacalah buku
Datuk berpesan, bacalah buku
Guru menyuruh, bacalah buku
Tapi nenek berleter, aku tidak membaca buku.                                    

Aku keliru....
Apa yang patut aku baca?
Untuk apa aku baca?
Dan bila harus aku baca?
Tiada pembimbingnya.

Namun
Aku rajin mengaji
Ustaz selalu mengingatkan
Kalimah Iqra' harus dihayati
Kini aku memahami...

Lalu tanpa jemu
Samudera ilmu aku terokai
Pelosok dunia aku jelajahi
Melalui buku.

Lantaran
Berkembanglah bunga ilmu
Bercambahlah tunas baharu
Aku tidak lagi keliru
Segala amanat telah kutunaikan
Aku gembira
Aku berjaya
Minda terbuka.

( puisi ini terdapat dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 4 halaman 188 )

No comments:

Post a Comment